Pengenalan

Unit Integriti (UI), Pejabat Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (UIMAINS) telah ditubuhkan berdasarkan kepada arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP 6/2013) ‘Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam’.

Unit Integriti (UI) ditubuhkan adalah sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti dan bertanggungjawab ke atas kawalan dalaman pengurusan integriti MAINS agar pelaksanaannya dapat dikuatkuasakan secara efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.

Objektif

Memberikan hala tuju dan bimbingan kepada warga MAINS supaya mewujudkan sikap bekerjasama, bersatu padu, berintegriti, bermoral dan beretika;

Meningkatan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga MAINS dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya dan amalan berterusan di kalangan warga MAINS; dan

Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan warga MAINS serta mendorong perkhidmatan kepada masyarakat yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.

Fungsi

Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan;

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti berterusan di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan;

Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku serta pelanggaran tatakelakuan di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan;

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan

Melaksanakan fungsi urus setia tatatertib